Thursday, May 29, 2008

KURSUS

Aku pegi kursus hari isnin dan selasa lepas..Ehm, bukan kursus kawin la..Kursus pasal perkeso, kwsp, dll..Buat kat hotel the zon, stulang laut..
Banyak la juga perkara yang aku tak tau selama ni baru tahu hari tu..Yang menjadi persoalan aku, macamana nak beritahu ketua aku ada perkara yang dia buat tu (mungkin) tak betul, sedangkan dia ni jenis susah nak percaya orang (kerani biasa macam aku je la) kalau tak lihat sendiri..

Emm, ada satu perkara yang aku nak kongsi bersama- sama berkenaan dengan kwsp.Mungkin sebahagian besar dari korang dah tahu dah, tapi takpe aku nak cerita jugak.

Kepada yang belum buat penamaan kwsp dinasihatkan buat la cepat, mana tau kita tak panjang umur, nanti ramai yang boleh tuntut duit korang tu, bukan hanya anak isteri je yang layak kalau takde penamaan..Dan proses nya amatlah susah kalau penamaan tak ada..Kesian keluarga korang nanti.
Sebenarnya aku pun belum buat lagi. Aku tak tau nak letak nama sapa. Aku takde suami, takde anak, dah takde ibubapa..Adik beradik ramai pulak, duit aku bukannya banyak, nanti sorang dapat ciput sangat, buat penat isi borang je..he he

Thursday, May 15, 2008

Kecik hati

Sebenarnya budak opis aku rancang nak gi mandi-mandi kat tanjung leman bulan 6 ni..Awalnya aku pun turut serta..Tapi 2 , 3 hari lepas aku rasa semacam je..Macam ada yang tak kena..Aku rasa macam ada ornag tak suka aku pegi..Cakap ngan aku macam perli je, buat aku mcm malas je nak pegi..
So pagi td aku nak la uji dia, aku kata mungkin aku tak dapat pegi la..Dia kata "ya ke? Akak confirm ke?"
Thats it..Aku rasa sebagai kawan baik, aku tentu akan tanya kenapa, apa hal tiba-tiba je tak jadi pegi. Kalau jadi kat dia mesti aku tanya punya, ya la kawan kita, kita mesti nak tau juga apa masalah dia.
Bila dia buat macam gitu mcm ' ah, kau tak pegi ramai lagi yg nak ikut'... Dan lepas tu dia buat tak peduli je..
Tawar hati aku nak gi..Biarlah, kalau gi nanti aku sakit hati pulak..Biarlah dia bergembira, mungkin lain kali aku boleh pergi juga.


Wednesday, May 14, 2008

Ahad Yang Lalu

Sekarang ni hujan kat pasir gudang. Sejuk suasana bertambah dengan air-cond yang dipasang dari pagi tadi. Sejak awal rehat tadi aku baca blog2 orang yans sekian kali menarik minat aku. Bila terbaca tentang bagaimana orang menyambut hari ibu paa ahad lepas buatkan aku pilu..

Aku teringat mak pada hari tu..Tak dapat lagi aku cium mak, tak dapat lagi aku bermanja dengan mak, tak dapat lagi aku merenung wajah tenang mak..Kerana dengan hanya menatap wajah mak boleh buat aku tenang dan bertenaga, seperti segala masalah ada jalan penyelesaiannya..Kini tidak lagi..Segala masalah aku telan sendiri. Jika luah akan ada yang makan hati. Aku rasa diriku seperti mu mak, "biar orang buat kita, jangan kita buat orang"..Tadi dalam itu aku kuat memberontak..

Sudah takdir kita akan berpisah..Moga dirimu aman disana..Ya Allah hanya kau mengetahui segalanya..

Tapi tahun ini aku dapat mengucapkan selamat hari ibu pada kak ina. Lega rasanya bila melihat senyuman dan pemahaman dari air mukanya.



Monday, May 12, 2008

Iklan

hai kawan-kawan..Suka tak tengok cita Bella tu, ku kadang kadang je tengok. Tapi akhir-akhir ni best pulak crita nya..
ni skrg tunggu iklan abis aku tulis la sikit..

Okey la, lain kali kita sembang lagi ya

Saturday, April 26, 2008

Malas

Emm..dah lama aku tak coretkan something kat dalam blog aku ni..Malas ada sibuk pun ada. Bukan apa, sibuk memujuk diri sendiri, aku hampir putus cinta.. Hmm, takde kawan susah, ada pun susah, kan..Sekarang pun aku tak pasti aku ada pakwe ke tidak..Lantak la (sekarang kau kata lantak nanti bila sedih teringat kat dia kau nangis ya!)..

Semalam aku baca banyak blog orang, yang paling menarik aku rasa dari "luahan hati seorang lelaki".

Cukup dulu setakat ni, aku ada keja skit..

Wasalam

Wednesday, February 20, 2008

Pening

Pening kepala..
Sebab kesihatan dan juga perangai orang. Apa dia fikir dia je ada problem? Aku tau la sekarang waktu rehat, nak tanya sikit pun tak boleh ke. Habis aku ni suka sangat la kerja waktu rehat, hah? Tapi apa boleh buat, dah tugas datang, terpaksa buat jugak. Tak sampai pun 1 minit kalau kau jawap soalan aku tu, nanti kau jugak yang nak guna barang-barang tu.. Geram betul la.. Dah la aku memang sakit kepala dari pagi tadi, ni skrg dia tambah lagi. Abang pulak sakit...Risau dalam hati aku, tau tak.

Nasib ada kau, ketam.. Kau je la tempat aku luah kan rasa marah ni. Nak lepaskan pada orang nanti ada yang gaduh atau kecil hati..Memang susah kalau berkawan. Tapi kalau takde kawan lagi susah, kan..

Ketam, buat pengetahuan kau hidup ni bukan senang. Kata orang tua-tua banyak onak dan duri nya..Kalau tak hati-hati terpihak la duri nanti. Kadang-kadang walau macamana kita berhati-hati pun kita akan terluka juga.

Semakin lama kita hidup kita akan rasa hambar dengan kehidupan. Tiada lagi rasa keseronokan di zaman remaja dulu. Tiada lagi rasa teruja melihat atau menunggu sesuatu atau seseorang.

Adakah kehidupan memang suppose jadi macam ni..Atau hanya diri aku sahaja yang tidak berwarna warni.

Aku rindukan suasana masa kat kampung dulu. Masa aku kecik- kecik dulu. Masa tu kita tak ada masalah kan.. Emm, nanti lah bila ada masa aku akan cerita pada kau. Ok.

Bye ketam..13.29pm

Friday, February 15, 2008

Sahabat dan Rahsia Hati

Kadang-kadang even the best of friend pun boleh berselisih faham. Betul kan..Masing-masing diam, tidak bersuara. Takut kalau kata-kata itu semangkin mengeruhkan lagi air yang bergelombang. Walaupun kurang pasti siapa dan apa yang mengakibatkan denyut gelombang itu. Masing-masing berspekulasi, berfikir apa yang telah mereke lakukan atau tidak lakukan sehingga menerima layanan seperti itu.

Adakah kami benar-benar best friend? Atau sekadar teman tapi mesra? Aku tak fikir aku ada best friend. Sebab best friend tidak lupakan kawan dia walau pun setelah berpisah. Senantiasa berhubung antara satu sama lain. Tahu perkembangan diri dan keluarga. Mungkin aku tak pandai berkawan atau malas nak mencari sahabat yang mampu menanggung kesengsaraan bersama. Sebab bagi aku kesengsaraan tidak dapat dikongsi bersama. Bukan aku tak pernah meluahkan pada sahabat, pernah..Tapi akhirnya aku ditinggalkan dengan perasaan terluka, malu dan menyesal kerana telah membuka pekung didada.

Bila kita bercerita pada orang lain rahsia hati, diri kita rasa rapuh, serapuh kabus di pagi hari. Kita harapkan orang itu menyimpan rahsia hati kita, tapi jika dia tidak mampu, apa yang kita boleh buat. Aku memang tidak pandai memilih sahabat..Dan aku tidak pandai bersahabat..Dan aku rasa aku pngkritik paling hebat jika mencari kesempurnaan diri..Mungkin kurang berkeyakinan diri buat aku berkata begitu..

Hmm, rasa lega juga setelah dapat meluahkan apa yang terpendam dalam hati ni dari semalam. Blog aku ni tak de orang baca sebab tak menarik so aku bebas nak bercerita. Jangan pedulikan ada org kata bodoh siapa yang meluahkan rasa hati utk tatapan umum. Biarlah dia dengan kepandaian dirinya. Aku dengan kebodohan aku. Mereka tak rasa apa yang kita rasa dan setiap manusia mempunyai masalah dan kebingungan rasa dan cara meringankan nya..

Sekian.



Friday, February 1, 2008

1hb Februari 2008

Hari ini bermulanya bulan yang digelarkan sebagai bulan cinta oleh sesetengah orang.. Bagi orang yang sedang bercinta la..Pada aku tiada bezanya bulan ni dengan bulan lepas. Opis ni still macam dulu, perhubungan certain orang tegang je. Ramai yang sakit hati dengan manggis sekarang ni..Aku selalu sakit hati dengan gelugur, tak tau la kenapa.Mungkin cara dia cakap dengan aku kot...
Emm, sekarang kat sini hujan la, sejuknya.Kalau abang peluk ni sedap juga..Aku tak sabar nak pergi bercuti..Bukan pegi mana pun, gi rumah family je..Kalau dapat nanti aku masuk kan gambar..Tapi tak pasti la sbab aku tak tau macamana nak hantar gambar dari handphone aku tu, kalau handphone lama tau la aku.
Agak-agak abang nak beri aku apa-apa tak valentine tahun ni, tahun lpas dia buat donno je. Kejap lagi nak masuk keja, lapar la, belum lunch lagi.

Okay, bye for now. I'll write again. I hope that next time i'm gonna have great story to tell you..

Thursday, January 24, 2008

Sehari selepas Thaipusam

hai...selamat pagi semua. Pagi ni aku dah ok, tak macam semalam. Aku nangis sampai bengkak2 mata. Biasa la, pompuan memang tak tahan kalau soal hati yang menjadi bebanan.
Aku tak boleh nak recall balik apa yng aku marah & geram sangat semalam. Cuma bila orang yang kita sayang abaikan kita, sakit kan... Tak pasti apa masa depan yang akan kita tempuhi kelak, indah ke, gelap ke, hanya Allah yang tahu.

Okay, enough about that...

Aku dah buat plan nak pegi rumah engah cuti raya cina ni, itu pun jika kak long setuju nak pegi la. Sebab aku tak yakin engah & orang2 kat sana exited dengan kedatangan aku seorang. Bukan aku paranoid, tapi dulu penah aku pegi sorang & mereka sangat kesal aku tak ajak kak long.. So its the truth, i'm not welcome there. Kenapa aku nak pegi? Sebab hanya aku yang boleh hilangkan tension di hati ini dan mungkin dengan pergi kat sana, tgk pantai, relax, aku boleh pulih seperti sediakala semula.

Friday, January 4, 2008

Tahun 2008

Hari ni dah hari ke 4 tahun 2008. Tiada azam baru yang muncul kat kepala sbb azam lama pun tak dapat nak capai. Boring betul laa..
Aku dah tak tau nak cakap apa lagi, lain kali la kita cerita ya..